Monday, August 1, 2016

Puas

Assalamualaikum, dah lama tak update blog nie, tapi stats blog nie menunjukan blog yang kedua ini tidak ramai yang baca berbanding blog pertama statistician-arau. Cuma kali nie nak update beberapa perkara.

Pada hujung minggu lepas, alhamdulillah aku telah memuaskan hati isteri dan abah ku. Sejak dari awal minggu, isteri pujuk aku untuk balik ke kelana jaya untuk open house dan teman beli barang baby di mid valley. Pada awalnya berat nak balik sebab keadaan batuk yang bertambah buruk. Namun aku penuhi jua permintaan isteri. Alhamdulillah open house berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada tetamu dan rakan taulan yang sudi hadir. 

Pakcik Rosli Jalani, kawan baik abah ketika bujang, buat kenduri di banting. Abah teringin sangat nak pergi sebab belum pernah sekali pun pergi kenduri kahwin anak-anaknya. Lagipun dan 5 tahun tak berjumpa selepas mak abah berpindah ke kampung. Kebiasaannya pakcik rosli sekeluarga akan datang ziarah pada tiap kali hari raya di selayang. Anak-anak abah yang lain tak dapat bawa abah ke rumah pakcik rosli di banting, jadi aku bawa juga, walaupun masa cukup mencemburui. Cuma satu saja aku semat di hati, aku mohon Allah permudahkan urusanku dalam memenuhi dan memuaskan permintaan dan hati insan-insan penting ini. Alhamdulillah walaupun sesat barat, dapat juga sampai. Alhamdulillah. Syukur Ya Allah. Aku lihat abah dan isteri sangat happy, sudah cukup membuatkan aku PUAS.

Sunday, April 10, 2016

Cili Benggala

Kita cuba semai benih cili ini pula. Tarikh semaian 8 April 2016



Sunday, February 21, 2016

Semaian 2016

Assalamualaikum pada tahun 2016, nak try beberapa tanaman baru untuk peribadi dan project tanaman myAgrosis UiTM Perlis
  1. Timun (Semai: 17 Feb 2016) - Project MyAgrosis
  2. Bayam
  3. Cili masak (Semai:24 Jan 2016)
  4. Pak Choi (Semai: 21 Feb 2016)
  5. Sawi (Semai: 21 Feb 2016)
  6. Salad Roman (Semai: 21 Feb 2016)
  7. Tomato Giant dan Tomato ceri (Semai: 21 Feb 2016)
  8. Cili Kapsikum

Semua tanaman ini akan menggunakan teknik kratky method. Method untuk orang malas berkebun.

1) Timun

2) Bayam
3) Cili Masak

4) Pak Choi

5) Sawi

6) Salad Roman

7) Tomato Giant dan Tomato Ceri

8) Cili Kapsikum











Saturday, February 20, 2016

Sumayyah 1 tahun 5 bulan

Anak ku sumayyah baru saja pulang bersama keluarga selepas short visit, hantar pakciknya ke UUM. Hati abah hiba...melihat anak melambaikan tangannya di dalam kereta.

Dapat la lepaskan rindu abah bersama sumayyah, bawa sumayyah g mandi di bukit ayer, rendam2 kaki jer, air tak berapa ada, perlis sedang musim kering, mandikan sumayyah, buatkan susu sumayyah, peluk sumayyah sambil layan didi and friends and tido dengan sumayyah...

sumayyah terhuyung-hayang berjalan, asik tersemban ke lantai dan dinding, sebab tapak kakinya di terpijak lebah di rumah tok mak....aduyai, moga sumayyah cepat sembuh dan tiada effect apa2 pada sumayyah, sumayyah masih kecik, antibodi tak kuat mcm abah.

InsyaAllah hujung minggu nie jumpa sumayyah lagi.

Saturday, October 17, 2015

Timun dan Kacang Renek

Assalamualaikum pengunjung blog yang dirahmati Allah s.w.t

Aktiviti dihujung minggu ini penulis telah setup pancang untuk 2 anak pokok timun yang penulis semai dari biji benih dan alih anak pokok kacang renek ke pasu yang lebih besar.

Pancang timun hanya menggunakan bahan-bahan seperti:

Paip pvc = RM11
pvc T connector = 16 biji x RM0.60 = RM9.60
Tong cat = percuma
Tali = RM2.00
Lain-lain = RM4.00

Total = RM26.60

Gambar dibawah saya design pancang timun


Setelah diletak tali dan anak pokok timun


dan juga anak pokok kacang renek


doakan agar projek tanaman saya ini menjadi. InsyaAllah

Tuesday, September 29, 2015

2015 Eidul Adha

Alhamdulillah, Hari Raya Eidul Adha 2015 kami beraya di Kelana Jaya. Dapat la cuti selama 4 hari. Masa yang ada dimanfaatkan sepenuhnya untuk keluarga tersayang. Tapi jerebu yang agak teruk, membataskan pergerakan.

24 September 2015

Kami sekeluarga sembahyang raya di Masjid Al-Hidayah Kelana Jaya, dan bergotong royong melapah daging korban untuk 11 ekor lembu. Sumayyah pun turut sama menolong, tolong tengok dan bermain bersama rakan-rakan sebaya nyer. Disebelah petangnya kami ke Ukay Perdana menziarahi keluarga opah saudara (opah usu) yang meninggal dunia pada hari yang sama.

 

25 September 2015

Kami ke AEON Bukit Tinggi, Klang, menemani isteri membeli hadiah hari lahirnya yang ke 31. Alhamdulillah dapat la sesuatu yang dikehendaki olehnya. Kemudian, kami ke Kg Pendamar, Pandamaran....ziarah Kak Yong (sepupu) dan keluarganya. Hampir 5 tahun tidak datang ke rumahnya. Alhamdulillah sampai juga bawa anak dan isteri.

26 September 2015

Kami sekeluarga ke The Curve bawa sumayyah jalan2, survey2 Kidzania, insyaAllah tunggu sumayyah sikit, baru masuk. Selepas tue bawa sumayyah main kereta control, sumayyah duduk dalam kete, abahnya tolong control kan. Moment yang paling seronok, mencuit hati melihat gelagat sumayyah seronok bermain. gembira sungguh hati ini. 

Kemudian, kami sekeluarga ke Medan Selera Damansara Damai, celebrate hari lahir sumayyah. Dapat la makan Burger Larva.


30 September 2015

Sumayyah akan buat rawatan MRI untuk check lilitan kepala sumayyah yang membesar secara mendadak. Agar anakku sumayyah selamat dan tiada kesan sampingan pada sumayyah. Abah sayang sumayyah. Abah sayang mama sumayyah. 

Ya Allah lindungilah keluarga ku ini. 

Friday, September 18, 2015

Hasil Tanaman dalam Pasu

Alhamdulillah, tanaman dalam pasu sudah membuahkan hasil. Bendi, terung dan cili padi telah disedekahkan kepada jiran sebelah rumah. Semoga ada lagi hasil tanaman pada masa akan datang.